Vivo X21 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 5 Jun Ini

Vivo X21 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 5 Jun Ini

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Vivo X21 ialah peranti dengan spesifikasi paling tinggi dihasilkan oleh mereka tahun ini. Ia dilancarkan di China pada bulan Mac yang lalu. Kepada pengguna yang ingin membelinya di Malaysia, ia akhirnya akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun hadapan. Pada asalnya peranti ini dilancarkan bulan ini tetapi mungkin dilewatkan selepas GST ditangguh bermula Jun 2018.

Peranti Vivo X21 hadir dengan skrin 6.28-inci AMOLED, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 12-megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh.

Buat masa ini pihak Vivo hanya mengesahkan model biasa X21 akan memasuki pasaran Malaysia dan bukannya model dengan pengimbas cap jari terbina skrin.


TIPS & ULASAN