UberEats Berhenti Beroperasi Di Malaysia – Pengguna Diminta Beralih Ke GrabFood
Aman
Ketika pengambil-alihan operasi perniagaan Uber oleh Grab tempoh hari, mereka turut telah mengumumkan perubahan pada Uber Eats yang akan beralih kepada GrabFood. Kini, seperti dijanjikan, bermula hari ini, 28 Mei 2018, pihak Uber Eats telah pun menghentikan operasi mereka untuk pasaran tempatan.

Pengguna tempatan yang memasuki aplikasi UberEats hari ini hanya akan diperlihatkan dengan sebuah gambar khusus untuk ke GrabFood, dan tidak lagi boleh membuat tempahan makanan melaluinya.
Bagi anda yang ingin kekal menikmati perkhidmatan penghantaran makanan terus ke pintu anda, anda boleh menggunakan GrabFood bermula hari ini. Selain daripadanya, salah satu perkhidmatan alternatif adalah FoodPanda yang turut menawarkan perkhidmatan lebih kurang sama.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.