Teksi Di New York Mula Dilengkapi Tablet Android Untuk Kegunaan Pemandu Dan Penumpang

Teksi Di New York Mula Dilengkapi Tablet Android Untuk Kegunaan Pemandu Dan Penumpang

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Jarang sekali kita melihat tablet Android baru di pasaran sekarang. Dominasi iPad di pasaran semakin teguh kerana terdapat sokongan aplikasi untuk tablet yang lebih baik berbanding Android. Di New York, tablet Android mempunyai kegunaan baru sebagai meter teksi dan sistem hiburan untuk penumpang.

Syarikat teksi Curb Mobility akan meletakkan dua tablet di dalam teksi syarikat mereka. Tablet untuk pemandu yang diberikan gelaran DASH bukan sahaja menggantikan meter tradisional malahan akan menjadi paparan navigasi GPS, sistem amaran kesesakan lalu lintas dan memaparkan kawasan panas untuk mendapatkan penumpang dengan lebih mudah.

Tablet untuk penumpang  dengan gelaran RYDE pula dilengkapi butang kecemasan dan sistem hiburan. Pihak Curb Mobility bekerjasama dengan NBC bagi menawarkan pelbagai siri TV yang boleh ditonton oleh penumpang sepanjang perjalanan. Selain menawarkan siri untuk ditonton, skrin RYDE juga boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan bagi meningkatkan pendapatan syarikat.


TIPS & ULASAN