TV Pintar QLED Samsung Dikemaskini Bagi Menyokong Sistem AMD FreeSync
Artikel Berkaitan

TV Pintar QLED Samsung Dikemaskini Bagi Menyokong Sistem AMD FreeSync

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Monitor untuk permainan video pada platform PC dilengkapi sistem AMD FreeSync atau NVIDIA Gsync. Kedua-dua sistem ini digunakan bagi mengelakkan masalah screen tearing apabila kadar segar semula skrin tidak selari dengan isyarat dari input. Selama ini sistem FreeSync dan GSync hanya muncul pada monitor untuk gaming. Kini ia akhirnya tiba pada televisyen pintar keluaran Samsung.

Melalui kemaskini yang diterima minggu lalu, beberapa model televisyen pintar QLED Samsung kini menyokong FreeSync. Sebelum ini televisyen QLED keluaran Samsung hanya menyokong sistem generik yang diberi nama Variable Refresh Rate. Selepas kemaskini FreeSync perlu diaktifkan menerusi skrin tetapan. Walau bagaimanapun apabila FreeSync digunakan resolusi maksimum yang boleh dipaparkan ialah 1080P sahaja,

Mengapa hanya FreeSync disokong dan bukannya GSync tidak boleh diberikan oleh Samsung. Tetapi kami merasakan ia ada kena mengena dengan konsol generasi semasa kesemua menggunakan cip grafik AMD. Malahan Xbox One menyokong FreeSync sejak April lalu. Model yang menyokong FreeSync adalah NU8000, Q6FN, Q7FN, Q8FN dan Q9FN.


TIPS & ULASAN