Cari @ Amanz

Telefon pintar HTC 10,HTC U11 dan U11+ dilancarkan tanpa bicu audio sekaligus mengikut trend pasaran yang mula beralih ke aksesori audio USB-C. Tetapi pada U11 dan U11+, sebuah penyesuai USB-C ke bicu audio 3.5mm disertakan dengan setiap pembelian. Pada HTC U12+. penyesuai ini tidak lagi akan disertakan di dalam kotak dengan setiap pembelian.

Ini disahkan oleh akaun rasmi HTC  Amerika Syarikat. Bagaimana pula situasinya di Malaysia? Kami telah menghubungi pihak HTC Malaysia dan mereka mengesahkan penyesuai tidak akan disertakan di dalam kotak. Sungguhpun begitu penyesuai akan diberikan percuma dalam jumlah yang terhad untuk pembeli awal peranti utama ini apabila di dilancarkan bulan hadapan.

HTC U12+ hadir dengan skrin bersaiz 6″ SLCD6 QHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar  6GB RAM, storan sehingga 128GB , kamera utama 12+16 Megapixel f/1.8+f/2.6, kamera swafoto 8+8 Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3500 mAh. Skrin yang digunakan menyokong paparan HDR10 dan peranti ini turut menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd