Cari @ Amanz

Motorola Moto Z adalah peranti Lenovo dengan sokongan modular di bahagian belakang. Modul ini menggunakan sistem sambungan magnet dan dinamakan sebagai sebagai Moto Mods. Model terbaru Moto Z yang bakal dilancarkan adalah Z3 dan juga Z3 Play. Terkini, gambar sebenar Moto Z3 Play dan juga Moto Mods 5G tertiris di arena web.

Januari lalu telah kami laporkan mengenai Moto Z3 Play dengan sokongan Moto Mods 5G. Tetapi gambar sebenar yang tertiris kali ini memperlihatkan rekaan Moto Mods 5G yang baru dan sedikit lebih nipis. Gambar sebenar Moto Mods 5G ini mempunyai bucu kanan yang terkeluar – ia mungkin berfungsi sebagai antena. Moto Z3 Play, adalah kembar kepada Moto Z3 dengan spesifikasi kelas pertengahan. Ia dikatakan akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 636, skrin 6″ FHD+ dengan nisbah 18:9, sistem dwi-kamera, 4GB RAM, 64GB storan dalaman dengan sokongan kad mikroSD dan juga bateri sebesar 3000mAh.

Buat masa ini tiada informasi lain mengenai model baru model Moto Z dan juga Moto Mods ini. Apakah pendapat anda tentang Moto Z3 Play dan modul 5G ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd