Xperia Ear Duo Akan Ditawarkan Di Malaysia Mulai 4 Jun – Berharga RM1199

Xperia Ear Duo Akan Ditawarkan Di Malaysia Mulai 4 Jun – Berharga RM1199

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Sony Mobile Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan mula menawarkan Xperia Ear Duo secara rasminya untuk pasaran tempatan bermula minggu hadapan, 4 Jun 2018.

Xperia Ear Duo merupakan fon telinga tanpa-wayar daripada Sony yang menawarkan kualiti audio yang baik melaluinya. Sony mengatakan ia menyertakan ciri Dual Listening Technology, yang mana membolehkan anda menikmati lagu, menerima notifikasi dan pada masa yang sama membolehkan anda mendengar perbualan.

Xperia Ear Duo juga turut hadir dengan sokongan kawalan suara untuk mengakses pembantu maya Google Assistant atau Siri. Disamping itu, ia turut menyertakan ciri Daily Assist yang menawarkan sejumlah informasi kepada anda yang mana ditawarkan bersempena dengan sesuatu lokasi dan waktu.

Xperia Ear Duo ini akan ditawarkan pada harga RM1199 melalui pengedar Sony terpilih, ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan juga emas.


TIPS & ULASAN