Pemuzik jalanan bergantung harap kepada ihsan pendengar mereka. Puluhan lagu didendangkan tetapi bayaran kerap kali hanya dalam bentuk duit siling bernilai kecil. Dengan semakin popularnya sistem pembayaran nirtunai, masa depan mereka mungkin akan menjadi sukar kerana orang ramai tidak lagi membawa wang tunai.
Di London, ini tidak lagi menjadi masalah selepas sistem pembayaran nirtunai diperkenalkan kepada pemuzik jalanan dua minggu lalu. Sistem iZettle ini menyokong pembayaran menerusi kad sesentuh, peranti boleh-pakai (seperti jam pintar) dan juga memasukkan pin. Pemuzik akan menerima bayaran tetap £2 (~RM 10.6) setiap kali iZettle digunakan. Dalam percubaan awal, pemuzik jalanan melaporkan peningkatan pada pendapatan mereka.
Selain digunakan oleh pemuzik jalanan, iZettle turut menyasarkan penggunaan sistem pembayaran nirtunai oleh badan kebajikan yang mengutip derma di kaki jalan dan peniaga kecil-kecilan.