Pada hari ini, terdapat sejumlah penyedia perkhidmatan yang hadir dengan dompet digital masing-masing untuk memudahkan transaksi nirtunai. Kini, nampaknya pihak AEON turut tidak ingin ketinggalan, dan bakal hadir dengan AEON E-Wallet tidak lama lagi.
Menggunakan AEON E-Wallet, ia akan menawarkan kemudahan seumpama beberapa dompet digital lain. Pengguna boleh membuat tambah-nilai, dan seterusnya melakukan pembayaran pada mana-mana kedai dengan hanya mengimbas kod QR melalui aplikasi berkenaan.
Kelak, kedai yang menerima pembayaran melalui AEON E-Wallet ini bakal memaparkan tanda penerimaan bayaran melalui AEON Pay.
Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pelancaran rasmi untuk AEON E-Wallet ini. Namun, pihak AEON menyasarkan sekitar sejuta pengguna perkhidmatan berkenaan dalam tempoh setahun pertama selepas ia dilancarkan.