Cari @ Amanz

Sistem pengesahan dwi-faktor Google dikemaskini pada tahun 2016 supaya tidak lagi memerlukan penghantaran SMS. Menerusi sistem ini pengguna hanya perlu melakukan pengesahan menerusi paparan skrin telefon pintar. Sebuah sistem baru sedang diuji dimana pengguna sekali lagi perlu mengesahkan identiti berdasarkan nombor yang terpapar pada skrin.

Kami menyedari sistem ini diuji apabila cuba melog masuk akaun pada sebuah komputer riba baru. Selepas melalui pengesahan pertama dengan menekan butang “YES” pada telefon pintar, muncul skrin kedua yang memaparkan tiga nombor berbeza (seperti gambar di atas). Pengguna perlu menekan nombor yang sama seperti yang terpapar pada skrin komputer. Hanya selepas itu kami dibenarkan untuk mengakses akaun di peranti baru.

Ujian ini diterima secara rawak kerana apabila dilakukan semula pada sebuah lagi komputer baru, kami tidak melalui proses yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd