Lenovo Z5 Dengan Rekaan Nirbingkai Bakal Dilancarkan Pada 5 Jun

Lenovo Z5 Dengan Rekaan Nirbingkai Bakal Dilancarkan Pada 5 Jun

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Lenovo sebelum ini telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk telefon pintar terbaru mereka membawakan rekaan nirbingkai. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Lenovo menjadualkan pelancaran telefon pintar berkenaan yang dikenali Lenovo Z5 pada 5 Jun 2018 kelak.

Lenovo Z5

Lenovo Z5 ini dilihat sebagai lanjutan kepada siri ZUK sebelum ini. Buat masa ini, spesifikasi yang akan ditawarkan masih menjadi tanda tanya.

Pihak Lenovo sendiri dilihat memfokuskan kepada rekaan peranti berkenaan yang nirbingkai melalui beberapa gambar acah, selain penawaran rekaan bucu yang sedikit melengkung.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 5 Jun ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Lenovo kelak.


TIPS & ULASAN