Carian
Panel Kaca Yang Dipercayai Untuk Google Pixel 3 Dan 3 XL Tertiris Menunjukkan Kewujudan Takuk
May 29, 2018 Effi Saharudin

Dari pemerhatian rawak kami di ruangan komen, lebih 80% pembaca tidak menggemari rekaan skrin bertakuk. Rata-rata merasakan ia membuatkan peranti kelihatan hodoh dan hanya sekadar meniru iPhone X. Ada sedikit berita buruk buat golongan ini sekiranya gambar tertiris di bawah terbukti benar.

Dua panel kaca di atas dikatakan adalah komponen untuk Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Jelas kelihatan terdapat takuk pada bahagian atas skrin digunakan pada Pixel 3 XL. Sebelum ini terdapat petunjuk takuk akan disokong pada Android P selepas kod fungsinya ditemui. Malahan sekiranya anda mencuba Android P sekarang, tiada ikon notifikasi terpapar pada bahagian tengah skrin yang cukup besar untuk sebuah takuk.

Berita baik di sini hanyalah dua lubang berbentuk bujur telur pada atas dan bawah skrin. Ini pastinya lubang untuk sepasang pembesar suara stereo yang menembak ke hadapan. Sekiranya komponen atas adalah ternyata asli, sekurang-kurangnya Google memberikan pilihan dua peranti dengan rekaan berbeza. Jadi peranti manakah yang anda bakal  anda pilih?

Komen