Carian
iPhone 2019 Dilaporkan Bakal Menggunakan Skrin OLED Sepenuhnya
May 29, 2018 Effi Saharudin

Dengan iPhone X, Apple akhirnya menggunakan skrin OLED pada telefon pintar keluaran mereka dengan bantuan Samsung. Tahun ini mereka diramalkan akan melancarkan dua iPhone berskrin OLED dan satu lagi dengan skrin LCD yang dijual pada harga yang lebih mampu milik. Menurut laporan ET News, untuk tahun 2019 Apple akan menghasilkan iPhone yang menggunakan skrin OLED sepenuhnya.

Menurut laporan yang sama tiga model iPhone berskrin OLED akan dilancarkan pada tahun 2019. Sekiranya mereka menghasilkan model ke-empat barulah skrin LCD akan digunakan. Berita ini mengakibatkan saham Japan Display menjunam 10% dan Sharp pula menjunam 4%. Kedua-dua syarikat pernah dikaitkan sebagai pembekal skrin kepada Apple. Penggunaan skrin OLED sepenuhnya akan menggembirakan Samsung dan LG kerana kedua-duanya adalah pengeluar terbesar panel ini di dunia.

Komen