Carian
PUBG Dilaporkan Memfailkan Saman Ke Atas Pembangun Fortnite, Epic Games
May 29, 2018 Aman

PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan yang hangat diperkatakan ramai sejak tahun lepas. Perkara ini turut membuatkan beberapa permainan klon hadir, termasuk ada yang meniru pelbagai elemen dalam penawaran permainan masing-masing.

PUBG sendiri sebelum ini telah memfailkan saman ke atas pihak NetEase. Kini, PUBG turut dilaporkan memfailkan saman ke atas Epic Games di Korea Selatan.

Melalui pemfailan pihak PUBG, mereka ingin meminta pihak mahmakah untuk menentukan sama ada Fortnite adalah salah satu permainan “salinan” daripada PUBG atau sebaliknya. Ia dilaporkan PUBG telah memfailkan perkara ini di mahkamah pada Januari lepas untuk melindungi hak cipta mereka.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat sejumlah permainan berbentuk Battle Royale di pasaran hari ini yang mungkin membuatkan ia sukar untuk PUBG memenangi kes ini. Namun, sekiranya mereka menang, ia mungkin akan menjadi salah satu kes rujukan untuk saman-saman di negara-negara lain.

Komen