Cari @ Amanz

China boleh dikatakan agak kehadapan dalam integrasi kecerdasan buatan dalam kehidupan harian. Terkini, ia dilaporkan sekitar 60,000 sekolah di China kini sedang menguji sokongan kecerdasan buatan untuk menanda kertas karangan para pelajar.

Melalui kecerdasan buatan yang digunakan, ia mengenal-pasti logik am, selain membuat keputusan seumpama manusia dalam menentukan kualiti hasil karangan seseorang pelajar. Pada masa yang sama, ia turut memaparkan cadangan untuk penambah-baikkan dari segi kaedah penulisan, struktur dan lain-lain.

Teknologi ini dilihat lebih kepada membantu para guru berbanding menggantikan mereka sepenuhnya. Selain itu, penilaian yang dilakukan adalah untuk tugasan yang tidak melibatkan pemarkahan ujian.

Teknologi ini juga dikatakan akan membantu para pelajar dikawasan pedalaman untuk menambah-baik kaedah penulisan mereka, selain menawarkan sumber-sumber tambahan untuk mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd