Cari @ Amanz

Di Malaysia Netflix, Dimsu, Viu dan iFlix adalah tiga perkhidmatan penstriman video yang ditawarkan kepada pengguna. Ia membenarkan pelanggan untuk menonton filem dan siri dari ruang tamu atau terus dari telefon pintar. Tetapi harus diakui sesetengah filem lebih menarik ditonton pada skrin lebih besar tetapi tidak ramai yang memilikinya di rumah.

Ini ialah masalah yang turut berlaku di China. iQiyi sebuah syarikat penstriman video di China telah membuka rangkaian pawagam ini yang boleh menempatkan 2-10 orang penonton pada satu-satu masa. Pawagam Yuke ini boleh disewa mengikut jam dan menawarkan kesemua kandungan dari iQiyi. Oleh itu pelanggan yang ingin menonton filem yang bole distrim menerusi iQiyi di skrin pawagam yang lebih besar dari TV di rumah.

Buat masa ini hanya satu pawagam dibuka di Guangdong yang menawarkan beberapa bilik tayangan mini. Setiap satunya menyokong sistem audio THX Dolby bagi memberikan kepuasan maksimum. iQiyi mempunyai 61.3 juta pelanggan berbayar serta perkongsian kandungan dengan Netflix, Lionsgate, Warner Bros, Fox dan NBCUniversal.

Kami kerap kali terlepas menonton filem di wayang kerana kesibukan bekerja. Jika pawagam seperti Yuke ini ditawarkan di Malaysia kami akan menjadi antara pelanggan terawal. Kami boleh bayangkan melakukan maratonton siri TV Netflix di dalam pawagam mini sepanjang hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd