Semua Peranti Nokia Yang Telah Dilancarkan Akan Menerima Kemaskini Android P

Semua Peranti Nokia Yang Telah Dilancarkan Akan Menerima Kemaskini Android P

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Selepas pelancaran 3 peranti Nokia baru, Neil Broadley iaitu pengarah pemasaran global HMD mengesahkan semua peranti Nokia yang telah dilancarkan akan menerima kemaskini Android P.

Daripada kelas permulaan Nokia 1 sehingga kelas utama Nokia 8 Sirocco, peranti-peranti Nokia ini akan menerima kemaskini Android P. Buat masa ini Nokia 7 Plus adalah peranti pertama yang bakal menerima kemaskini Android P. Ini kerana ia sudah pun mempunyai sokongan Android P dalam bentuk percubaan pembangun. 

Android P

Peranti Nokia dengan Android Go seperti Nokia 1 dan siri kelas permulaan Nokia 2 dan Nokia 2.1 juga akan diberikan kemaskini Android P yang telah dioptimasi agar ia sesuai dijalankan pada peranti kategori ini.

Langkah HMD dengan memberi kemaskini Android generasi baru ini kepada kesemua peranti mereka termasuk kelas permulaan adalah satu langkah yang baik. Pengguna peranti Nokia selepas ini pasti lebih setia dan bahagia kerana peranti mereka dijaga dengan baik oleh HMD.


TIPS & ULASAN