Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini telah melancarkan cip pemprosesan baru mengkhususkan kepada set kepala realiti-maya dan juga realiti-gabungan, dinamakan sebagai Snapdragon XR1.

Melalui penggunaan cip khusus ini, ia dijangka memudahkan lagi pengeluar peranti untuk hadir dengan set kepala realiti-maya dan realiti-gabungan berbanding sebelum ini. Cip ini juga dikatakan dioptimasikan untuk penawaran visual dan audio yang baik, selain kawalan interaktif 3-DoF dan 6-DoF.

Cip Snapdragon XR1 ini akan menyokong penawaran video 4K pada kadar 60fps, selain sokongan grafik popular seperti Vulkan dan sebagainya. Pengeluar peranti juga turut boleh menambah ciri-ciri seperti Bluetooth dan WiFi dengan mudah menggunakan cip ini.

Qualcomm mengatakan beberapa pengeluar, termasuk HTC Vive, Meta dan sebagainya akan hadir dengan peranti menggunakan cip pemprosesan baru ini pada tahun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd