Acer Mengesahkan Komputer Riba Helios 500 Akan Hadir Dengan Konfigurasi AMD Ryzen Dan RX Vega

Acer Mengesahkan Komputer Riba Helios 500 Akan Hadir Dengan Konfigurasi AMD Ryzen Dan RX Vega

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Di acara Acer Global Press Conference pada minggu lepas, syarikat pembuat peranti komputer tersebut mengumumkan beberapa siri komputer desktop dan komputer riba baru yang bakal hadir di pasaran antarabangsa tidak lama lagi, dan diantara peranti-peranti tersebut ialah Acer Predator Helios 500.

Pada asalnya, laptop Predator Helios 500 ini dikatakan hanya hadir dengan pilihan siri CPU Intel Core dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070, tetapi nampaknya Acer akan memperkenalkan spesifikasi baru yang menggunakan komponen-komponen AMD Ryzen dan RX Vega didalamnya.

Acer Predator Helios 500

Menurut laporan TechPowerUp, konfigurasi Acer Predator Helios 500 ini menggunakan CPU AMD Ryzen 7 2700 dan juga kad grafik AMD Radeon RX Vega 56. Spesifikasi lain seperti saiz dan resolusi paparan, memori dan storan kekal sama seperti model yang diumumkan sebelum ini.

Pengumuman terbaru daripada Acer ini cukup aneh sekali pada pendapat kami kerana pada minggu lepas, syarikat tersebut tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa mereka akan bekerjasama dengan AMD untuk membina laptop-laptop yang dikuasakan oleh pemproses mereka.

Buat masa ini, ia masih belum diketahui jika komputer riba gaming Acer Predator Helios 500 yang dikuasakan oleh AMD ini akan tiba di pasaran-pasaran antarabangsa pada masa yang sama dengan model yang diumumkan sebelum ini ataupun tidak.


TIPS & ULASAN