Wiko View2 Pro Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM999

Wiko View2 Pro Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Wiko hari ini telah melancarkan Wiko View2 Pro untuk pasaran tempatan, sekaligus menawarkan peranti berspesifikasi rendah-pertengahan dengan rekaan yang menarik ini pada harga RM999.

Wiko View2 Pro

Wiko View2 Pro hadir dengan skrin 6-inci dengan rekaan bertakuk pada bahagian atas, dilengkapi cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia turut hadir dengan sistem operasi Android asli tanpa penambahan antaramuka padanya.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan dwi-kamera 16-megapixel dibelakang, serta kamera hadapan 16-megapixel dihadapan.

Bagi pengguna yang berminat, boleh pra-tempahnya melalui laman 11Street hari ini pada harga RM999. Seperti biasa, beberapa ganjaran ditawarkan kepada pengguna yang membeli peranti ini untuk melalui tempoh pra-tempahan ini.

Pra-Tempah : Wiko View2 Pro di 11Street


TIPS & ULASAN