Kemaskini iOS 11.4 Boleh Dimuat Turun Membawakan Fungsi AirPlay 2 Dan Storan iMessage Ke iCloud

Kemaskini iOS 11.4 Boleh Dimuat Turun Membawakan Fungsi AirPlay 2 Dan Storan iMessage Ke iCloud

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Apple mengeluarkan kemaskini iOS 11.4 pagi ini dan ia membawakan beberapa fungsi baru yang menarik. Kemaskini sebesar 307 MB ini akhirnya membawakan sokongan AirPlay 2 serta padanan HomePod secara stereo yang telah laman dinantikan. Menerusi AirPlay 2. mengawal audio yang sama pada HomePod berbeza menerusi sebuah peranti yang sama turut boleh dilakukan.

Dua HomePod turut boleh dipadankan dan berfungsi sebagai sebuah sistem audio stereo. Kesemua ini ialah fungsi yang dikehendaki oleh pengguna sejurus selepas HomePod dilancarkan.

Kesemua mesej di dalam iMessage kini turut disimpan dan diselarikan ke iCloud. Apabila mesej dipadam pada satu peranti, ia akan turut dipadam pada peranti iOS dan Mac lain yang dimiliki oleh pengguna. Tetapi sokongan ini masih belum diberikan pada watchOS. Akhir sekali beberapa penambahbaikan kecil diberikan kepada beberapa aplikasi serta tampalan pepijat.


TIPS & ULASAN