Cari @ Amanz

Hanya beberapa hari lalu kami laporkan YouTube akan dihalang akses selama sebulan di Mesir atas kesalahan memaparkan video yang menghina Nabi Muhammad. Kini tiba giliran Papua New Guinea (PNG) pula menghalang akses kepada laman Facebook selama sebulan atas sebab yang berbeza.

Menurut Jabatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat Papua New Guinea, halangan ini akan dilakukan bagi menyaring akaun pengguna palsu. Akaun-akaun ini dikatakan menyebarkan berita palsu serta kandungan berunsur pornografi. Dengan menapis akaun-akaun palsu ini, penggunaan Facebook di negara pulau ini akan menjadi lebih selamat. Masa sebulan yang ini turut diambil untuk melihat impak penggunaan Facebook ke atas pengguna.

Pada waktu yang sama kerajaan Papua New Guinea ingin membangunkan laman media sosial mereka sendiri yang hanya mempunyai profil pengguna yang telah disahkan. Halangan ke atas Facebook ini dijangka tidak mendatangkan impak yang besar kerana majoriti penduduk negara ini tidak menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd