Xiaomi Memperlihatkan Video Acah Acara Ulang Tahun Kelapan Mereka

Xiaomi Memperlihatkan Video Acah Acara Ulang Tahun Kelapan Mereka

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Tinggal satu hari sahaja lagi untuk acara ulang tahun kelapan Xiaomi. Acara ini adalah acara di mana Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar kelas utama terbaru mereka iaitu Mi 8 dengan sokongan Xiaomoji (Klon kepada iPhoneX Animoji). Selain itu, terdapat banyak lagi peranti lain yang turut akan dilancarkan bersama-sama seperti Mi Band 3 dan mungkin juga Mi 8 SE.

 

Video acah ini turut memperlihatkan produk-produk seperti mentol LED pintar, pembakar roti, kamera, kunci mangga pintar, peti ais, bagasi dan mungkin juga pembuka botol wain elektrik. Bagasi yang bakal dilancarkan ini berkemungkinan adalah bagasi pintar 90 Minutes yang kami laporkan minggu lepas. Selain itu, beberapa produk daripada gambar acah ini juga sebenarnya telah pun mula dibuka untuk pra-tempahan dilaman biayasama mereka – Youpin. Antaranya adalah bagasi itu dan juga pembuka botol wain elektrik.

Ura-ura lain turut mengatakan, Xiaomi akan memperkenalkan peranti pertama yang menggunakan Snapdragon 710. Peranti ini adalah Xiaomi Mi 8 SE dan ia hadir dengana sistem dwi-kamera kecerdasan buatan.

Apakah perasaan anda akan pelancaran ini? Saya ternanti-nantikan Xiaomi Mi 8 dan mengharapkan harga jualannya adalah lebih kurang Mi Mix 2S – iaitu bawah RM2000. Sama-sama kita nantikan esok.


TIPS & ULASAN