HP Omen 15 Dikemaskini Dengan Penawaran Kad Grafik GTX 1070 Max-Q
HP

HP Omen 15 Dikemaskini Dengan Penawaran Kad Grafik GTX 1070 Max-Q

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

HP hari ini telah mengumumkan kemaskini untuk komputer riba HP Omen 15 mereka, sekaligus menawarkan pembaharuan dan penawaran spesifikasi lebih baik, selain kemaskini kepada rekabentuk.

HP Omen 15

HP Omen 15 yang hadir dengan skrin 15.6-inci kini menawarkan rekaan bingkai lebih nipis, dan hadir dengan pilihan panel pada resolusi 4K 60Hz atau 1080p 144Hz.

Melengkapkannya juga adalah pilihan cip pemprosesan Intel Core generasi kelapan terkini, selain hadir dengan kad grafik NVIDIA GTX 1070 Max-Q.

Jikalau dibandingkan dengan penawaran tahun lepas, perbezaan pada panel skrin nirbingkai boleh dikatakan menawarkan rekaan yang lebih cantik dan menawan. Selain daripada itu, papan kekunci juga kini disusun dengan kemas berbanding model tahun lepas.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HP Malaysia akan menawarkan model HP Omen 15 ini untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN