Cari @ Amanz

Celcom hari ini telah mengumumkan kemudahan untuk menyewa peranti melalui EasyPhone. Bersama-sama dengannya juga, Celcom turut mengambil peluang untuk memperkenalkan pakej perkongsian keluarga serba baru dinamakan Celcom Mobile Family.

Secara ringkasnya, melalui penawaran baru ini, pengguna boleh menambah talian tambahan dibawah pelan Celcom Mobile (dulu dikenali Celcom First) pada harga RM48 sebulan. Penambahan ini akan hadir dengan 5GB data, 5GB video Walla, dan panggilan tanpa had kepada semua talian.

Celcom Mobile Family Plan

Pengguna juga boleh mengawal perkongsian data – dimana sekiranya anda mempunyai pelan utama dengan 50GB data, dan menambah pelan kedua yang hadir dengan 5GB data – seterusnya, anda boleh bahagikan data berkenaan mengikut keperluan, atau turut memilih untuk membahagikan sama rata dan sebagainya. Pembahagian ini boleh dilakukan oleh pemilik talian utama menggunakan aplikasi Celcom Life.

Celcom Mobile Family Plan

Untuk tempoh terhad juga, Celcom turut menambah penawaran 1TB Video Walla (untuk 12 bulan) untuk dikongsikan oleh pelanggan Celcom Mobile Family ini.

Pelan baru ini boleh dilanggan pengguna berminat mulai 1 Jun 2018 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd