Sistem Imbasan Wajah OnePlus 6 Boleh Dipintas Menggunakan Gambar

Sistem Imbasan Wajah OnePlus 6 Boleh Dipintas Menggunakan Gambar

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Seperti peranti-peranti yang dilancarkan sejak kebelakangan ini, sistem nyah-kunci peranti menggunakan wajah juga disertakan pada OnePlus 6. Dari penggunaan awal, kami menyedari ia berfungsi jauh lebih pantas berbanding yang digunakan pada iPhone X. Tetapi nampaknya kepantasan ini juga menyebabkan ia boleh dipintas dengan mudah hanya dengan menggunakan gambar dua dimensi.

Video di atas menunjukkan bagaimana gambar wajah dapat menyahkunci OnePlus 6 dengan mudah. Kerana tiadanya imbasan secara 3D seperti Face ID atau imbasan anak mata seperti pada Galaxy S9, sistem imbasan wajah OnePlus 6 boleh dipintas seperti yang berlaku pada Galaxy Nexus dan Galaxy S8. Google  dan Samsung kemudian melakukan kemaskini yang menghalang gambar digunakan untuk menyahkunci.


TIPS & ULASAN