Cari @ Amanz

LG hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri-V, iaitu LG V35 ThinQ. Melalui versi terbaru ini, ia meneruskan tradisi sebagai telefon pintar memfokuskan multimedia – hadir dengan sokongan prestasi yang pantas, dan sokongan fotografi baik bersama dengannya.

LG V35 ThinQ

LG V35 ThinQ ini hadir dengan skrin 6-inci OLED dengan nisbah 18:9 pada resolusi 2880×1440 pixel, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Peranti ini turut hadir dengan sokongan kalis air IP68, selain turut melepasi ujian tahan lasak dengan melepasi gred 14 untuk MIL-STD 810G.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah dwi-kamera 16-megapixel dibelakang yang menawarkan sokongan rakaman cantik melaluinya. Untuk rakaman swafoto, kini ia hadir dengan kamera 8-megapixel. LG turut mengintegrasikan sokongan AI pada aplikasi kamera dalam menentukan mod rakaman cantik dan bersesuaian berasaskan objek yang ingin dirakam.

LG V35 ThinQ juga turut menyertakan sokongan audio Hi-Fi Quad DAC bersama-sama dengannya, selain penawaran audio 3D dengan sokongan saluran sehingga 7.1.

Buat masa ini, ia akan dipasarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan diperluaskan ke benua lain secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd