Google sebelum ini telah menubuhkan bahagian perkakasan mereka tersendiri, sekaligus hadir dengan penawaran telefon pintar dan beberapa produk lain. Telefon pintar mereka yang menggunakan jenama Pixel sedia mempunyai peminat tersendiri, dan generasi ketiga Pixel dijangka hadir pada bulan Oktober kelak.
Seperti tahun lepas, Google dijangka memperkenalkan dua versi, iaitu Pixel 3 dan juga Pixel 3 Xl yang sedikit bersaiz besar.
Google Pixel 3 dijangka menawarkan rekaan skrin biasa, dengan bingkai sedikit tebal. Sementara Google Pixel 3 XL pula dijangka hadir dengan skrin bertakuk dan rekaan nirbingkai.
Menariknya juga, menurut Bloomberg, Pixel 3 dan Pixel 3 XL akan menggunakan hanya satu kamera pada bahagian belakang – tetapi hadir dengan penambah-baikkan berbanding versi sebelum ini. Google Pixel 3 XL dijangka hadir dengan dwi-lensa kamera hadapan.
Kedua-dua peranti ini juga dijangka hadir dengan Android P yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk integrasi kecerdasan buatan lebih menyeluruh.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Oktober ini untuk melihat kejutan yang akan dibawakan Google melalui Pixel generasi baru.