Gimbal DJI Ronin-S Untuk DSLR Mula Dijual

Gimbal DJI Ronin-S Untuk DSLR Mula Dijual

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Gimbal DJI Ronin-S diperlihatkan kepada umum serentak dengan Osmo Mobile pada bulan Januari yang lalu. Selepas hampir lima bulan, gimbal untuk kamera DSLR/SLR ini akhirnya ditawarkan oleh mereka pada harga $699 (~RM 2787) menerusi laman rasmi mereka. DJI Ronin-S dilengkapi sistem penstabilan tiga paksi bermotor.

Sistem ini cukup berkuasa untuk menstabilkan kedudukan kamera dengan berat sehingga 3.6 kilogram dan bergerak pada kelajuan 75 kilometer sejam. Bateri yang digunakan boleh memberikan tempoh operasi sehingga 12 jam dengan sekali caj. Terdapat pelbagai jenis sambungan luaran disokong untuk kawalan fokus, pergerakan kepala gimbal dan alat kawalan jauh. Ia juga boleh disambungkan kepada kereta kawalan jauh sekiranya perlu. Bagi yang berminta, Ronin-S kini boleh dipesan menerusi laman rasmi DJI.


TIPS & ULASAN