Kementerian Akan Bertemu dengan Syarikat Telekomunikasi Untuk Pengurangan Harga Internet

Kementerian Akan Bertemu dengan Syarikat Telekomunikasi Untuk Pengurangan Harga Internet

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Pada minggu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengatakan yang mana kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan kos untuk langganan internet dan pada masa yang sama meningkatkan kadar kelajuan internet.

Kini, bercakap lanjut mengenainya, pihak kementerian kini mengatakan bakal mengadakan pertemuan dengan syarikat telekomunikasi dalam tempoh dua minggu akan datang, sekaligus membincangkan mengenai mengurangkan harga internet di Malaysia.

Pihak kementerian akan bertemu dan berunding dengan syarikat telekomunikasi – sekaligus melihat kepada beberapa kaedah untuk mengurangkan kos harga internet.

Pada hari ini, harga internet di Malaysia boleh dikatakan sedikit tinggi – terutamanya untuk jalur-lebar talian tetap seperti Streamyx yang menawarkan harga sedikit mahal untuk kelajuan yang ditawarkan jikalau dibandingkan dengan Unifi – selain perbezaan harga mengikut pelanggan dan sebagainya.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai hal ini dalam tempoh dua minggu akan datang.


TIPS & ULASAN