Samsung Melancarkan Siri Televisyen 4K QLED 2018 Di Malaysia Pada Harga Bermula RM8489

Samsung Melancarkan Siri Televisyen 4K QLED 2018 Di Malaysia Pada Harga Bermula RM8489

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Bermula dari tiub sinar katod, televisyen menjalani beberapa siri evolusi bagi menjadikannya lebih nipis tetapi semakin besar. Di Samsung, teknologi skrin QLED ialah teknologi terkini yang digunakan pada televisyen keluaran mereka. Televisyen pintar Samsung 4K QLED 2018 akhirnya memasuki pasaran Malaysia hari ini dengan membawakan beberapa penambahbaikan berbanding model tahun lalu.

Menurut Samsung skrin QLED tahun ini boleh memaparkan warna hitam yang lebih gelap dan tepat serta tidak akan mengalami sebarang masalah burn-in sepanjang hayatnya. Paling menarik ialah Magic Screen yang membolehkan skrin TV memaparkan latar belakang yang sama seperti dinding ia dipasang. Dengan teknologi ini televisyen tidak akan mencacatkan rekaan ruang tamu dengan skrin gelap apabila tidak digunakan untuk menonton TV.

Bagi golongan peminat permainan video pula,model tahu ini mempunyai mod gaming automatik yang mengesan input dari PC dan konsol. Ia akan mengurangkan masalah input lag yang menjadi masalah sejak teknologi tiub katod tidak lagi digunakan. Bagi pengguna Steam, televisyen tahun ini turut mempunyai sokongan Steam Link terbina yang membolehkan kandung PC distrim kepada TV tanpa sambungan secara fizikal.

Selain daripada itu TV QLED 2018 juga lebih mudah dipasang pada dinding dengan cagak yang dikemaskini, tetapan yang lebih mesra pengguna menerusi telefon pintar dan sokongan HDR 10+ yang dikatakan memberikan paparan yang lebih bermaya.

Di Malaysia tiga model Q7F, Q8C b Q9F ditawarkan dengan saiz skrin di antara 55″ hingga 75″. Harga jualan bermula dari RM8489 untuk Q7F 55″ dan meningkat ke RM34,905 untuk Q9F 75″ yang merupakan model paling premium.

Turut dilancarkan hari ini ialah empat sistem audio dengan rekaan soundbar meningkatkan kemampuan audio apabila dipadankan dengan televisyen 4K QLED 2018 Samsung. Model yang ditawarkan adalah Samsung HW-N450, HW-N550,Hw-N650 dan HW-NW700. Harga  jualannya bermula dari RM1,225 untuk HW-N450  dengan sokongan audio 2.1 dan meningkat ke RM2,923 untuk HW-NW700 yang menyokong audio 7.1.

Sempena pelancaran tiga model televisyen 4K UHD QLED terkini mereka, Samsung menawarkan tiga tawaran menarik apabila pembelian dilakukan dari 4 hingga 6 Jun ini. Pelanggan boleh memilih mengambil jaminan selama lima tahun, Samsung Atmos Soundbar atau monitor QLED Curved Gaming Monitor.


TIPS & ULASAN