Aplikasi AR Google Just-A-Line Kini Boleh Dimainkan Secara Rentas Platform

Aplikasi AR Google Just-A-Line Kini Boleh Dimainkan Secara Rentas Platform

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Beberapa bulan lepas, Google memperkenalkan aplikasi realiti gabungan mereka Just-A-Line. Aplikasi ini membenarkan pengguna melukis garisan putih 3D di udara dengan teknologi realiti gabungan. Aplikasi ini hanya boleh digunakan pada peranti yang menyokong Google ARCore seperti Samsung Galaxy S9 atau Apple ARKit yang ada pada iPhone X.

Kemaskini terbaru aplikasi ini membenarkan pengguna bekerjasama dengan pengguna lain untuk melukisĀ  bersama-sama. Ia kini berfungsi secara rentas platform antara iOS dan juga Android. Pengguna perlu sambungkan dua peranti dengan menekan ikon partner dan apabila ia sudah disambungkan pop-up kecil paired akan dipaparkan. Selesai membuat sambungan pengguna boleh bersama-sama melukis di udara dengan rakan, berkongsi idea kreatif atau juga bermain tic-tac-toe.

Perkara ini dijayakan dengan teknologi ARCore Cloud Anchor yang diperkenalkan pada acara Google I/O 2018 yang lepas. Teknologi ini membenarkan penyelarian aplikasi untuk berfungsi secara rentas platform.

Muat Turun: Just-A-Line Untuk Android

Muat Turun: Just-A-Line Untuk iOS


TIPS & ULASAN