Carian
Eaton Mobile Tech Day Memperlihatkan Teknologi Pengurusan Tenaga Dan Portfolio Baru Eaton Melalui Bilik Bergerak
May 31, 2018 Nazrin

Menurut laporan World Bank Group, 18.9 peratus daripada syarikat didalam sektor swasta didapati sering mengalami gangguan bekalan elektrik sepanjang Mac 2015 hingga Mei 2016. Setiap gangguan bekalan elektrik tersebut dikatakan berkekalan selama 3.8 jam, dan hanya 10 peratus daripada syarikat-syarikat tersebut dilihat mempunyai mesin jana kuasa mereka sendiri.

Eaton merupakan sebuah syarikat pengurusan tenaga yang terkemuka, dan mereka membantu pelbagai syarikat kecil dan besar di seluruh dunia untuk memastikan bahawa gangguan bekalan elektrik tidak mengganggu tugasan-tugasan kritikal yang memerlukan bekalan tenaga 24/7.

Hari ini, syarikat tersebut dilihat mengadakan acara Eaton Mobile Tech Day, dimana sebuah trak bersaiz 11 kaki persegi dimuatkan dengan pelbagai teknologi terbaru Eaton, termasuklah rangka mesin pelayan, sistem hidraulik dan juga kotak gear untuk lori bersaiz sederhana dan besar untuk ditunjukkan kepada pelbagai pihak, termasuklah pelajar, jurutera, juruteknik dan para pelanggan.

Menurut Curtis Lim, pengurus pasaran Malaysia, lori ini dilengkapi dengan pelbagai komponen dan sistem Eaton kerana ia cara yang termudah untuk orang ramai melihat portfolio syarikat tersebut dengan mudah.

Bukan itu sahaja, pelbagai peralatan ini juga akan hadir dengan seorang pakar yang boleh menerangkan kepelbagaian sistem yang hadir dibawah payung Eaton dengan mudah, dan cara ini cukup popular di kalangan pelajar dan juga bakal pelanggan yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kepakaran-kepakaran Eaton.

Lori tersebut diterbangkan dari China ke Thailand, dimana ia akan dibawa ke seluruh rantau Asia Pasifik untuk pelbagai acara Eaton Mobile Tech Day. Dari Thailand, lori tersebut dilihat menghadiri acara di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan pada hari ini di bangunan EX8 di Subang Jaya. Menurut pihak Eaton, lori ini akan membuat penampilan di Universiti Multimedia di Cyberjaya tidak lama lagi.

Komen