Cari @ Amanz

WeChat Pay merupakan salah satu instrumen pembayaran yang sangat popular di China. Dengan populariti aplikasi permesejan WeChat di Malaysia, mereka sebelum ini turut telah mengumumkan bakal menawarkan dompet digital untuk pasaran tempatan, dan kini, ia dilaporkan mungkin bakal diperkenalkan seawal Jun ini.

Dengan pengaktifan WeChat Pay untuk pengguna tempatan kelak, ia sekaligus bakal membolehkan pengguna tempatan membuat penambahan wang dalam bentuk Ringgit Malaysia pada aplikasi WeChat Pay – dan seterusnya menggunakan ia untuk pembayaran di sejumlah lokasi yang menerimanya.

Pihak WeChat dijangka akan mengumumkan kedai-kedai yang menerimanya seawal mungkin – berkemungkinan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

WeChat Pay turut beroperasi seperti beberapa dompet digital yang lain, dimana selain anda boleh menghantar wang kepada pengguna lain, anda turut boleh mengimbas kod QR pada kedai yang menyokongnya, sekaligus membayar terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut arena dompet digital dan transaksi nirtunai ini dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd