Papan Induk Asus H370 Mining Master Menyokong 20 GPU Untuk Melombong Kriptowang

Papan Induk Asus H370 Mining Master Menyokong 20 GPU Untuk Melombong Kriptowang

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Harga kad grafik meningkat mendakak sejak setahun yang lalu kerana pemintaan melangkaui bekalan. Ini berlaku kerana GPU dibeli secara pukal oleh pelombong kriptowang di seluruh dunia. Kerana keghairahan kriptowang masih lagi wujud, papan induk khas untuk melombong dihasilkan. Asus H360 Mining Master ialah papan induk melombong kriptowang terkini yang mampu menyokong sehingga 20 GPU serentak.

Sambungan dilakukan menerusi port USB. Menurut Asus menerusi sambungan ini proses menukar ganti GPU dapat dilakukan dengan lebih pantas. Terdapat sistem diagnostik yang mengesan masalah pada GPU bagi memastikan proses melombong sentiasa optimum.

Papan induk ini bersaiz ATX, menyokong soket LGA 1151, memori sehingga 32GB DDR4 dan turut mempunyai sayu slot PCIe x16. Ia akan dipamerkan ketika acara Computex kelak dengan sasaran dijual pada suku ke-tiga 2018. Harga masih belum diumumkan pada saat ini.


TIPS & ULASAN