Cari @ Amanz

Sudah lebih dua tahun Netflix ditawarkan di Malaysia. Dalam kebosanan memandu pulang dari pejabat kami cukup gemar menonton siri TV menggunakan aplikasi Netflix jika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Antaramuka aplikasi walaubagaimanapun kurang mesra digunakan kerana kedudukan butang tidak strategik dan agak kecil.

Hari ini aplikasi ini telah dikemaskini pada platform Android. Ia membawakan antaramuka baharu yang jauh lebih mudah digunakan. Membesarkan video bagi memenuhi skrin 18:9 atau 19:9 dilakukan dengan aksi mencubit skrin. Ini sama seperti yang digunakan pada YouTube dan pada hemat kami lebih intuitif dari sistem butang sebelum ini.

Terdapat dua butang untuk melangkau ke hadapan dan ke belakang selama 10 saat yang besar di atas skrin. Sebelum ini ia tersorok pada bahagian bawah kiri skrin. Butang untuk melihat senarai episod, pilihan sari kata/audio dan melangkau ke episod seterusnya juga terpapar dengan lebih besar. Buat masa ini ia antaramuka ini hanya diberikan kepada versi Android manakala versi iOS masih menggunakan antaramuka lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd