Asus Zenfone Max Pro M1 Dengan 5000mAh Bateri, Android Asli – Berharga Serendah RM599

Asus Zenfone Max Pro M1 Dengan 5000mAh Bateri, Android Asli – Berharga Serendah RM599

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah pun melancarkan telefon pintar mampu-milik mereka terkini dengan penawaran bateri yang tinggi, iaitu Asus Zenfone Max Pro M1.

Zenfone Max Pro M1 ini bukan sahaja memfokuskan kepada sokongan bateri yang besar, tetapi kini turut hadir dengan sokongan antaramuka asli Android tanpa penambahan ZenUI. Dengan ini, ia sekaligus menawarkan pengalaman Android yang lancar kepada pengguna, selain lebih dioptimasikan untuk sesuatu peranti.

Asus Zenfone Max Pro M1

Asus Zenfone Max Pro M1

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone Max Pro M1 hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB.

Zenfone Max Pro M1 juga hadir dengan penawaran kamera berbeza mengikut variasi model yang dipilih. Secara kasarnya, ia menawarkan sokongan dwi-kamera belakang sehingga 16MP + kamera bokeh, selain kamera hadapan sehingga 16MP. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 5000mAh yang dicas menggunakan kabel mikro-USB.

Asus Zenfone Max Pro M1

Asus menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang telefon pintar ini, selain turut menawarkan sokongan nyah-kunci peranti berasaskan wajah. Ia turut hadir dengan sokongan Bluetooth 5.0, serta sokongan dwi-SIM bersama-sama mikro-SD. Peranti ini hadir dengan Android 8.1 Oreo.

Di Malaysia, Asus akan menawarkan tiga model Zenfone Max Pro M1. Model 3GB RAM dengan 32GB storan akan dijual pada harga RM649, model 4GB/64GB akan dijual pada harga RM849 dan model 6GB/64GB akan dijual pada harga RM999.

Asus Zenfone Max Pro M1

Menariknya, untuk tempoh pra-tempahan melalui Lazada, mereka turut menawarkan diskaun tambahan. Lazada akan menawarkan Zenfone Max Pro M1 (3GB RAM/32GB) pada harga serendah RM599 melalui jualan terhad yang diadakan pada 1,5,12,19 dan 26 Jun.


TIPS & ULASAN