Xiaomi Mi 8 Menerima Skor DxO Sebanyak 99 Markah – Lebih Tinggi Berbanding iPhone X

Xiaomi Mi 8 Menerima Skor DxO Sebanyak 99 Markah – Lebih Tinggi Berbanding iPhone X

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Xiaomi Mi 8 telah dilancarkan sebentar tadi China. Peranti ini adalah yang pertama menggunakan skrin AMOLED dan bertakuk keluaran Samsung. Menurut Xiaomi, telefon pintar ini mencatatkan 99 markah di dalam ujian DXOMark. Ini meletakkannya sebagai telefon pintar dengan kemampuan kamera yang lebih baik berbanding iPhone X yang hanya mencatatkan 97 markah sebelum ini.

Dalam ujian rakaman gambar statik, Mi 8 mencatatkan 105 markah dan video pula ia mencatatkan 88 markah. Dari segi spesifikasi, kamera utama Xiaomi Mi 8 adalah gabungan 12+12 Megapixel dengan OIS empat paksi serta sistem pemfokusan Dual Pixel serta sistem kecerdasan buatan. Ini ialah sistem kamera yang sama seperti yang ditemui pada Mi MIX 2S sebelum ini. Sungguhpun begitu penambahbaikan dari segi perisian membolehkan kemampuan kamera telefon ini dipertingkatkan.


TIPS & ULASAN