Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan telefon pintar terbaru dibawah siri Mi8, pihak Xiaomi juga hari ini telah memperkenalkan gelang tangan pintar terbaru mereka, Mi Band 3.

Xiaomi Mi Band 3

Xiaomi Mi Band 3 hadir dengan panel skrin sedikit besar berbanding sebelum ini, menawarkan skrin sentuh kapasitif serta sokongan kalis air. Pengguna dengan mudah boleh melihat notifikasi daripada aplikasi dan panggilan telefoni terus pada skrin Mi Band 3 ini. Skrin 0.78-inci OLED ini turut menawarkan kemudahan melihat mesej dengan lebih baik.

Xiaomi Mi Band 3

Xiaomi Mi Band 3

Disamping itu, kini Mi Band 3 menyertakan sokongan kalis air sehingga 50m, sekaligus memudahkan pengguna menggunakannya ketika berenang dan memantau data berkaitan melaluinya.

Xiaomi turut mengatakan ia kini menawarkan masa ketahanan bateri selama 20 hari lamanya dengan sekali pengecasan.

Xiaomi Mi Band 3 ini akan ditawarkan di China pada harga bermula RMB169, iaitu sekitar RM105. Variasi dilengkapi NFC untuk memudahkan pembayaran juga dijangka akan ditawarkan oleh Xiaomi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd