Anda Tidak Boleh Menggunakan Perbankan Elektronik Maybank Dari Jam 12 Tengah Malam Hingga 7 Pagi Esok

Anda Tidak Boleh Menggunakan Perbankan Elektronik Maybank Dari Jam 12 Tengah Malam Hingga 7 Pagi Esok

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk penyedia perkhidmatan perbankan atas-talian untuk melakukan penyelenggaraan setiap tengah malam untuk tempoh hampir sejam. Namun, sedikit berbeza esok, pihak Maybank mengumumkan akan melakukan penyelengagaraan sistem dari jam 12 tengah malam 1 Jun 2018 sehingga 7 pagi tarikh sama.

Ketika proses penyelenggaraan ini, perkhidmatan perbankan elektronik seperti Maybank2U dan ATM tidak boleh digunakan. Ia akan kembali beroperasi pada 7 pagi esok.

Maybank tidak menyatakan sebab untuk penyelenggaraan sistem ini. Berkemungkinan besar ia adalah disebabkan keperluan untuk membuat perubahan untuk penerimaan GST kadar sifar.

Selain Maybank, beberapa bank lain turut dijangka melakukan penyelenggaraan lebih kurang sama.


TIPS & ULASAN