Muslim Pro Membuka Pejabat Di Malaysia – Akan Hadir Dengan Tawaran Untuk Pengguna Tempatan

Muslim Pro Membuka Pejabat Di Malaysia – Akan Hadir Dengan Tawaran Untuk Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Sejak penciptaan peranti pintar, pelbagai aplikasi dibangunkan bagi memenuhi citarasa pengguna. Aplikasi yang dibangunkan tidak terhad untuk produktiviti dan permainan, malah turut memenuhi keperluan agama pengguna.

Terdapat banyak aplikasi islamik yang tersedia di gedung Apple App Store dan juga Google Play. Muslim Pro ciptaan Bitsmedia merupakan syarikat dari Singapura dan bagi mengukuhkan posisi mereka sebagai Aplikasi Muslim Paling Popular, hari ini mereka telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan menerusi beberapa program menarik.

Salah satu perjanjian yang termeterai adalah Projek Amal dengan kerjasama Malaysia Airlines. Kerjasama ini membolehkan pengguna aplikasi ini menyertai Program Haji Malaysia Airlines, dimana memudahkan mereka melakukan rukun Islam kelima ini.

Menurut Muslim Pro, Malaysia merupakan negara kedua teratas di seluruh dunia yang memuat-turun aplikasi ini sempena bulan Ramadhan dan ini turut membuktikan betapa pentingnya pengguna Malaysia untuk keseluruhan aplikasi ini. Dengan wujudnya pejabat Muslim Pro di Malaysia, semestinya lebih banyak kerjasama yang menguntungkan pengguna aplikasi tersebut bakal termeterai di sini.

Muat-turun: Muslim Pro (iOS)

Muat-turun: Muslim Pro (Android)


TIPS & ULASAN