Vivo Y85 Akan Di jual Di Malaysia Bermula Esok Pada Harga RM999

Vivo Y85 Akan Di jual Di Malaysia Bermula Esok Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Vivo Y85 dilancarkan pada penghujung Mac yang lalu dan diposisikan sebagai peranti dengan kemampuan di bawah Vivo V9. Peranti ini akan akhirnya memasuki pasaran Malaysia bermula 1 hingga 3 Jun eksklusif menerusi laman 11Street.

Vivo Y85Vivo Y85 hadir dengan skrin 6.26-inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 450, memori 4GB RAM, dan storan 32GB. Telefon pintar ini hadir dengan kamera swafoto 16-Megapixel dan kamera utama 16+2 Megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3260mAh. Ia  menggunakan Android 8.1 Oreo dengan antaramuka FunTouch OS 4.0.

Seperti peranti-peranti Vivo yang dilancarkan akhir-akhir ini, Y85 mempunyai rekaan skrin bertakuk. nyahkunci menggunakan wajah dan sistem kamera dengan kecerdasan buatan. Di Malaysai ia akan ditawarkan pada harga RM999 sebuah. Pembeli akan menerima kad mikroSD sebesar 32GB dan perlindungan keretakan skrin percuma selama setahun dengan setiap pembelian.

 


TIPS & ULASAN