Carian
GST Kadar Sifar : Ini Adalah Harga Baru Untuk Telefon Pintar Honor
June 1, 2018 Aman

Bermula 1 Jun 2018, kerajaan telah mula mengimplementasi perubahan pada kadar GST, dimana GST yang sebelum ini berkadar 6%, diturunkan menjadi 0%. Hal ini sekaligus mengurangkan harga jualan sejumlah produk dipasaran, termasuk telefon pintar dan tablet.

Selari dengannya juga, kini Honor telah mengumumkan perubahan harga jualan untuk produk-produk mereka, termasuk untuk Honor 10 yang terbaru.

Honor 10

Bermula hari ini, berikut adalah harga jualan baru untuk produk-produk Honor:
Honor 6A Pro – RM559
Honor 9 Lite – RM659
Honor 7X – RM848
Honor 10 – RM1599
Honor View 10 – RM1789

Disamping perubahan harga ini, pihak Honor juga turut menyediakan beberapa penawaran promosi khusus bersempena bulan Jun ini. Ini termasuk penawaran beberapa tawaran tambahan bersama pembelian antara 1 Jun hingga 3 Jun. Berikut adalah antara promosi yang ditawarkan:
VMall : Tripod Selfie Stick percuma untuk pembelian Honor 9 Lite
Lazada : Penawaran kotak ganjaran bernilai RM49 untuk pembelian Honor 7X
Shopee : Honor AM61 Bluetooth Earphone dan Flip Cover percuma untuk Honor 10
Senheng : Powerbank dan topi Under Amrour percuma untuk Honor View 10

Komen