Microsoft Mematikan Aplikasi Groove Music Untuk iOS Dan Android

Microsoft Mematikan Aplikasi Groove Music Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Groove Music adalah perkhidmatan penstriman muzik daripada Microsoft, akan tetapi perkhidmatan ini telah pun ditamatkan pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, Microsoft berjanji untuk meneruskan pelaburan aplikasi Groove Music untuk pengguna Windows 10. Berita sedih buat pengguna iOS dan Android, aplikasi Groove Music akan tamat bermula 1 Disember 2018.

Selain itu, bermula hari ini juga aplikasi Groove Music sudah tidak disenaraikan dalam Play Store dan juga App Store. Groove Music mempunyai ciri unik seperti mengunci fail-fail muzik yang disimpan di dalam OneDrive. Microsoft turut menyatakan, fail-fail muzik yang diselarikan melalui Groove Music akan kekal di OneDrive dan pengguna masih mempunyai akses terhadap fail-fail tersebut.

Antara keunikan pada Groove Music ini adalah ia mampu mengesan gambar album (album art) secara automatik untuk fail-fail muzik yang disimpan pengguna dan juga antaramuka yang kemas. Sayang sekali, pengguna tidak lagi dapat menikmati aplikasi ini.


TIPS & ULASAN