Oppo Bakal Kembali Dengan Siri Find – Berkongsi Gambar Acah Untuk Find X

Oppo Bakal Kembali Dengan Siri Find – Berkongsi Gambar Acah Untuk Find X

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Oppo sebelum ini sedia mempunyai peranti mercu dibawah siri Find beberapa tahun lepas. Namun, sejak memperkenalkan Oppo Find 7 pada 2014 yang lepas, mereka telah mendiamkan diri, dan tidak hadir dengan versi terbaru dibawah siri Find.

Hal ini dijangka akan berubah tidak lama lagi. Terkini, Oppo telah hadir dengan gambar acah baru yang memperlihatkan Oppo bakal hadir dengan siri Find kembali, dinamakan Find X.

Oppo Find X

Buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan peranti ini masih menjadi tanda tanya. Oppo sendiri sebelum ini telah memperlihatkan beberapa teknologi menarik – seperti sokongan pengecasan pantas Super VOOC yang mengecas penuh peranti dalam masa 15 minit, kebolehan rakaman gambar yang cantik dengan sokongan zoom optikal, dan beberapa teknologi baru lain.

Dengan hadirnya gambar acah baru ini, kita mungkin akan dapat melihat peranti baru ini dalam masa sebulan dua ini.


TIPS & ULASAN