Cari @ Amanz

Intel nampaknya dilihat bakal memperkenalkan sehingga sepuluh model CPU berdasarkan siri Xeon mereka, yang akan berasaskan CPU Intel Coffee Lake-S.

Tirisan terbaru ini menunjukkan nama model-model CPU tersebut, dan walaupun butiran-butiran khusus masih tidak diketahui, terdapat beberapa maklumat tentang cip-cip pemprosesan ini yang dapat digali.

Ini termasuklah penamaan semula siri CPU Intel Xeon E3 kepada Intel Xeon E, kehadiran sebanyak enam teras fizikal, sokongan untuk memori DDR4 ECC (Error-Correcting Code) dan Intel AMT (Active Management Technology)

Dalam pada itu, ia didapati juga bahawa tujuh daripada 10 CPU-CPU ini akan hadir dengan cip pemprosesan grafik terbina didalamnya untuk memudahkan pemasangan mesin pelayan tanpa perlu menggunakan kad grafik. Ini dapat dilihat melalui penggunaan huruf ‘G’ pada model-model CPU Intel Xeon tersebut.

CPU-CPU ini juga dilihat akan digunakan untuk tujuan membina mesin pelayan kos rendah. Tanda harga untuk CPU-CPU ini masih belum diumumkan lagi, tetapi ia dikatakan bahawa ia akan mula dikeluarkan pada hujung bulan Jun 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd