Samsung Galaxy S10 Mungkin Turut Akan Dilengkapi Sistem Tri-Kamera

Samsung Galaxy S10 Mungkin Turut Akan Dilengkapi Sistem Tri-Kamera

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Dengan P2o Pro, Huawei menjadi pengeluar pertama yang menggunakan sistem tri-kamera pada bahagian belakang. Menerusi sistem ini mereka boleh mengekalkan kemampuan mengambil gambar monokrom tetapi masih menyokong sistem zoom optikal. Apple sebelum ini dilaporan akan menggunakan sistem yang sama pada tahun 2019 dan hari ini tiba pula giliran Samsung.

Menurut laporan The Investor yang memetik ramalan penganalisa Kim Dong-won dari KB Securities, Samsung sedang menimbang menggunakan tri-kamera pada peranti utama mereka yang seterusnya. Ini adalah bagi memastikan Samsung tidak akan ketinggalan di belakang pesaing yang menggunakan teknologi terkini. Samsung dipercayai akan menyertakan sistem imbasan 3D pada kamera mereka bagi penggunaan realiti gabungan seperti AR Emoji dan Google AR Core.


TIPS & ULASAN