Malaysia Airports Melancarkan Aplikasi myAirports Untuk Memudahkan Merancang Perjalanan

Malaysia Airports Melancarkan Aplikasi myAirports Untuk Memudahkan Merancang Perjalanan

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Malaysia Airports (MAHB) sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan sebuah aplikasi yang membantu para penumpang dan pengguna untuk merancang perjalanan ke KLIA sehingga menaiki penerbangan. Kini, seperti dijanjikan, MAHB telah pun melancarkan aplikasi berkenaan untuk pengguna Android.

Bagi anda yang ingin ke KLIA dalam masa terdekat ini, anda boleh memuat-turun aplikasi berkenaan, dan menggunakannya dalam merancang perjalanan. Menggunakan aplikasi dinamakan myAirports ini, pengguna boleh memasukkan nombor penerbangan – seterusnya boleh merancang perjalanan sehingga menaiki penerbangan.

myAirports

myAirports

Pengguna juga turut dipaparkan dengan masa yang akan diambil untuk melepasi imigresen dan sebagainya melalui aplikasi ini.

Disamping itu, beberapa info tambahan berkaitan lapangan terbang dibawah MAHB turut dipaparkan melalui aplikasi ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun myAirports di Google Play Store


TIPS & ULASAN