Cari @ Amanz

Menurut anggaran WHO, sekitar 10 hingga 15 peratus penduduk sesebuah negara adalah terdiri dari golongan OKU. Di Malaysia terdapat lebih daripada 40,000 OKU tergolong dalam kategori masalah penglihatan. Mereka ini ada yang memerlukan aksesori Braille elektronik untuk membolehkan mereka menggunakan komputer.

Masalah yang dihadapi ialah tiada piawaian seragam untuk aksesori Braille yang menggunakan sambungan USB. Oleh itu USB Implementers Forum (USB-IF) telah mewujudkan piawaian baru untuk aksesori USB khusus untuk aksesori Braille. USB-IF dianggotai syarikat besar seperti Microsoft, Google dan Apple. Dengan wujudnya piawaian baru ini, tiada perisian khas atau driver berbeza diperlukan apabila aksesori Braille digunakan pada sistem operasi berbeza.

Dengan kata lain, selepas ini satu alat Braille elektronik boleh digunakan pada peranti Windows, Mac, Android dan iOS di masa hadapan. Hanya satu aksesori perlu dimiliki untuk digunakan pelbagai peranti milik OKU masalah penglihatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd