Carian
Payung Terbang Free Parasol Dihasilkan Menggunakan Teknologi Dron
June 1, 2018 Effi Saharudin

Dron digunakan untuk melakukan pemantauan di medan perang, mengambil gambar dari tempat tinggi, menjadi platform menembak kereta kebal dan menghantar bungkusan dalam jarak dekat. Teknologi ini cukup beraneka guna dan telah digunapakai di Jepun untuk menghasilkan payung terbang Free Parasol.

Pembangun Free Parasol, Asahi Power Service membayangkan masa hadapan pengguna tidak lagi perlu memegang payung ketika hujan atau cuaca panas. Payung terbang ini mengekori pengguna secara automatik sepanjang masa.

Buat masa ini Free Parasol masih dalam fasa ujian. Ia sebesar lima kilogram dengan waktu penerbangan hanya 20 minit. Mereka berharap ia dapat dikurangkan ke satu kilogram dengan waktu penerbangan mencecah satu jam. Ia mensasarkan penggunaan seawal 2019 dan akan ditawarkan pada awalnya untuk kegunaan di padang golf.

Komen